Truefitt & Hill x G-Shock MTG-B1000D-1APRT Gift Box Dari China
Mereka yang mencari model Premium, lebih stylish dan moden boleh pilih model besi ini. Yang ini agak lain dari model biasa, ia dikenali dengan nama Truefitt & Hill x G-Shock MTG-B1000D-1APRT Gift Box dari China. Jam cantik dengan kotak edisi terhad yang lagi cantik dan premium.
Ia dibungkus dengan kotak cara ‘English lifestyle’ menggunakan jenama Truefitt & Hill, yang mana ia membawa jenama Kedai Guting Rambut tertua di dunia. Kali ini, berkerjasama dengan Casio di China untuk mengeluarkan model G-Shock MTG-B1000D-1APRT gift box set (set kotak hadiah) pada bulan Januari 2020.
Set jam ini termasuk G-Shock MTG-B1000D-1A dan pencukur 3 lapis pisau dengan kotak kulis mewah. Kotak khas mewah untuk G-Shock ini di buat dengan warna hitam dan merah (black and red-trimmed) dengan tertera label MT-G pada kotak luar dan juga tulisan Truefitt & Hill logo di dalamnya.
Ia menempatkan slot jam G-Shock MTG-B1000D-1A dengan warna merah accents, sebuah jam tangan mewah analog yang memaparkan ‘layered composite band’, sapphire glass, Tough Solar, Multi-Band 6, fungsi Bluetooth mobile link dan juga Triple G Resist.
Truefitt diasaskan pada tahun 1805 di London oleh William Francis Truefitt dan menerima Warrant Diraja yang pertama dari King George III. Hill telah ditubuhkan pada tahun 1911 oleh Edward Hill. Pada tahun 1935, H.P. Truefitt (William) memindahkan kedainya ke lokasi Bukit untuk mencipta Truefitt & Hill. Syarikat itu kini mempunyai cawangan di banyak negara termasuk Australia, Bangladesh, Kanada, China, India, Kuwait, Malaysia, Rusia, Singapura, Korea Selatan, Thailand, United Kingdom, dan Amerika Syarikat.
Set jam tangan dengan kotak edisi terhad ini, MTG-B1000D-1APRT dijual dengan harga CNY6,999 (~USD1003).