Susah Nak Dapat Bezel GShock DW004 Original

Model GShock DW004 antara model vintage yang masih lagi ada dalam pasaran walaupun ia dah lama dihentikan pengeluarannya. Harga untuk model ini juga masih lagi murah, sekitar RM100 hingga RM150 untuk jam pre-loved tanpa bezel. Salah satu sebab harga model ini murah, kerana susah nak dapat bezel GShock DW004 yang original.

Model ini antara model popular GShock DW002 dan DW003. Ia mempunyai struktur bezel dengan dua lapisan resin. Satu lapisan atas punyai kualiti tahan lama, tetapi satu lapisan bawah, sangat cepat rosak dan tidah tahan lama.

Susah Nak Dapat Bezel GShock DW004 Original

Jika ada dipasaran, selalunya ia akan dilihat dalam keadaan seperti di atas. 

Malangnya, bezel original GShock DW004 atau pun bezel homemade model ini susah didapati di pasaran. Oleh sebab itu, ramai peminat GShock terpaksa melupakan model ini untuk diletakkan dalam senarai koleksi mereka, walaupun ada beberapa model DW004 punyai design yang menarik dengan lampu EL Backlight.

Susah Nak Dapat Bezel GShock DW004 Original

Sebab itu, jika anda peminat jam GShock DW004, jika ada terjumpa koleksi yang cukup sifat, kondisi masih cantik yang dijual dengan harga bawah RM200, jangan tunggu lagi, boleh terus beli. Ia satu pelaburan berbaloi untuk Collector Items.

Untuk info, pernah sekali terjumpa bezel homemade model GShock DW004 dan ia dijual sekitar MYR80 untuk bezel sahaja. Kalau bezel original, dengar kata ia boleh mencecah sehingga RM120.

1 thought on “Susah Nak Dapat Bezel GShock DW004 Original

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.