Sejarah Lahirnya Jam Tangan Casio G-Shock Ciptaan Kikuo Ibe Dari Negara Jepun

Sejarah terciptanya jam tangan Casio GSHOCK ini agak unik. Ia dilahirkan pada ketika jam tangan secara amnya dianggap sebagai instrumen yang senang pecah. Bermula dari impian seorang jurutera muda, yang mahu mewujudkan “jam tangan yang tidak pecah walaupun ia terjatuh”.

Jurutera itu adalah pencipta asalnya yang bernama Kikuo Ibe, ketua reka bentuk jam tangan CASIO pada masa itu. Pasukan asal projek yang sukar ini telah ditubuhkan pada tahun 1981 dengan hanya pada mulanya dianggotai oleh tiga orang sahaja untuk merealisasikan wawasan Kikuo Ibe ini. Mereka mula usaha mereka menyasarkan konsep “Triple 10” dimana jam tangan yang mempunyai 10 meter rintangan kejutan ketika jatuh, rintangan tekanan air 10-bar dan jangka hayat bateri selama 10 tahun.


Sejarah Lahirnya Jam Tangan Casio G-Shock Ciptaan Kikuo Ibe


Sejarah Lahirnya Jam Tangan Casio G-Shock
Kikuo Ibe


The first G-Shock released was the DW-5000C-1A in April of 1983

Selepas lebih daripada 200 prototaip eksperimen telah dihasilkan, struktur tahan kejutan telah dicapai. Yang pertama ialah model Casio GSHOCK dengan nama DW5000, telah dilancarkan pada tahun 1983 kira-kira dua tahun selepas bermulanya projek pembangunan tersebut. GSHOCK telah mengikuti jalan evolusi yang unik sejak itu, di samping terus mengekalkan struktur ‘Shock’ yang diwarisi dari asas ini.

Hari ini sebagai GSHOCK bersedia untuk meraikan ulang tahun ke-35 dan semakin bersemangat untuk mencipta koleksi jam G-Shock yang kini semakin menjadi pilihan peminat diseluruh dunia, termasuk di Malaysia.



2 thoughts on “Sejarah Lahirnya Jam Tangan Casio G-Shock Ciptaan Kikuo Ibe Dari Negara Jepun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.