Save Vintage Kastem GShock DW003 Menjadi G7900 Mat Motor Ralliart

GShock DW003 sebelum ini tidak popular dikalangan peminat GShock. Tiba-tiba harga jam ini semakin naik. Dari hanya RM100 sahaja, bagi kondisi used tanpa bezel, ia kini boleh cecah hingga RM180 bagi unit yang sama. Kenapa? Sebab sudah ada peminat yang kongsi idea untuk kastem jam ini kepada DW9052 BNB.

Tapi, kali ini, kami nak kongsi cara kami Save Vintage Kastem GShock DW003 Menjadi G7900 Mat Motor Ralliart.

 

Ia bukan sesuatu yang mudah sebab kali ini kami memerlukan sedikit kerja keras untuk memasukkan Bezel G7900 (Mat Motor) ke dalam hardcase DW003. Nasib baik side button DW003 ngam-ngam boleh masuk ke ruang side button G7900. Namun, di bahagian G Button agak longgar. Kalau nak cantik, kena tukar G Button G7900.
Kastem GShock DW003 Jadi G7900 Mat Motor

Kastem GShock DW003 Jadi G7900 Mat Motor


Namun, dari segi kosmetik, ia sudah memadai. Lagipun projek kami kali ini ialah untuk memasukkan Gambar Backlight Ralliart ke dalam LCD jam ini. Hasilnya, memuaskan.

Untuk part asal, kami menggunakan Hardcase DW003, Module DW003 dengan dimasukkan gambar backlight kastem. Side Button DW003 dan G Button DW003 Original. Tambahan hanya Bezel G7900 dan tali original G7900. 


Kastem GShock DW003 Jadi G7900 Mat Motor



Hasilnya, boleh lihat sendiri. Selamat Mencuba!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.