Koleksi jam tangan GShock Rangeman terbaru, sangat memukau. Model paling baru GShock Rangeman GW-9405KJ-5JR. Dengan warna berasaskan tanah model Kucing, panggilan peminat jam GShock di Malaysia, pasti akan menjadi satu lagi koleksi bagi peminat tegar jam Jepun ini.
Seperti jam tangan GShock Frogman, model jam Rangeman GW-9400 kini sudah menjadi jam signature bagi Casio GShock. Tambah pula, model kolaborasi dengan jenama Love The Sea And The Earth Edisi Terhad ini pasti akan lebih menarik. Model ini diinspirasikan untuk ‘animal-inspired Earthwatch’ untuk mempromosikan ksedaran terhadap persekitaran.

GShock Rangeman GW-9405KJ-5JR
Bulan Februari 2019 yang lepas, baru sahaja ada model kolaborasi GW-9404KJ-3JR Earthwatch yang diinspirasikan oleh Kakaktua ‘Kakapo Parrot’. Kini, bulan November akan datang, satu lagi model terbaru Rangeman akan diperkenalkan dengan nama model G-Shock Rangeman GW-9405KJ-5JR, khabarnya akan dipanggil dengan nama nick name ‘GShock Forest Giraffe’ atau Okapi.
Okapi adalah salah satu haiwan yang terancam berasal dari Afrika Tengah dan mempunyai badan coklat dengan kepala berwarna merah tua atau jingga dan kaki bergelombang seperti Kuda Belang. 
Jam tangan ini menggambarkan warna-warna ini dengan warna coklat dengan aksen oren dan jalur berjalur. Jam tangan ini juga mempunyai logo Earthwatch pada latar belakang EL dan terukir Love The Sea And The Earth, dan ia datang dalam kotak bergaris khas.
Okapi Africa
Rangeman adalah salah satu daripada model G-Shock yang paling popular dan serba boleh yang memaparkan kuasa Tough Solar, Multi-Band 6 masa penyesuaian radio secara automatik dan Sensor Triple (dengan barometer, kompas, dan termometer altimeter).
Jam GShock GW-9405KJ-5JR ini akan mula dijual pada November 2019 di Jepun dengan harga cadangan JPY56,000 (MYR2199)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.