Model Stainless Steel GMW-B5000D-1 Dan GMW-B5000TFG-9 Rekaan Klasik
Mencari koleksi jam G-Shock klasik? Mungkin boleh lihat jam terbaru stainless steel GShock ini. Model Stainless Steel GMW-B5000D-1 Dan GMW-B5000TFG-9 Rekaan Klasik yang akan membuatkan anda teringat tentang jenama GShock asli, sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 1983.
Bermula dengan model DW5600, kini ia semakin banyak pilihan samada untuk koleksi santai, elegen serta banyak lagi pilihan model rare dan limited, termasuk model Anniversary dan Kolaborasi bersama jemana fesyen terkenal di Jepun.
Stainless Steel GMW-B5000D-1 Dan GMW-B5000TFG-9
Maklumat lanjut tentang pelancaran model stainless steel GMW-B5000D-1 and GMW-B5000TFG-9 ini belum kami dapatkan secara rasmi. Tetapi, kami tetap nak kongsi sedikit info tentang modle stainless steel ini.
Model ini dikatakan kemungkinan akan menggantikan model DW-5750. Sejauh mana kebenarannya belum dapat dipastikan. Agak mengejutkan juga tahun ini, model jam G-Shock GMW-B5000 series ini dilengkapi dengan fungsi metal bands dan bezels dengan rekaan bentuk klasik tambahan Sapphire Crystal, Tough Solar, Multi-Band 6 dan juga fungsi Bluetooth V4.1.
Bagaikan model jam untuk ‘Dream Project’, model GMW-B5000 punyai dua varian termasuk model warna Silver GMW-B5000D-1 dan warna Gold GMW-B5000TFG-9.
Harga rasmi untuk model ini belum dapat dipastikan, tetapi, ia dianggarkan akan dijual dengan harga sekitar EUR500 bagi model Silver dan EUR600 bagi model Gold.

Dipercayai, model GMW-B5000 punyai stainless steel housing sepenuhnya dan screw back case seperti model GW-5000-1JF. Fungsi lain jam tangan GShock model GMW-B5000 ini termasuk phone finder, flight log memory functions, dan kebanyakkan fungsi jam GShock yang biasa termasuk world time, stopwatch, timer, 5 alarms.
Kedua-dua model ini adalah sepenuhnya tahan gegar (shock-resistant) dan kalis air (water-resistant) sehingga kedalaman 200 meters. Tidak seperti model kebanyakkan 5000-5600, ia punyai lampu LED berbanding lampu EL backlight.

Panel solar di muka jam mempunyai corak bata yang mengingatkan model-model lama G-Shock DW-5000 dan sebelumnya DW-5000 sebelum ini. Ini adalah kali pertama pola bata ini muncul pada model solar.