Model Rare Vintage G-Shock G-Mix GM-100

Model Rare Vintage G-Shock G-Mix GM-100 ini mungkin tak ramai yang tahu. Ia adalah model jarang sekali dijumpai dikalangan peminat dan pengumpul jam G-Shock. Mungkin ia tak sepopular model DW6900, model GShock DW6600 atau DW5600. Tetapi model G-Mix seperti ini ada keunikkan yang sangat ‘rare’.

Apa yang menarik, jam ini punyai Music Scene yang pertama kali dicipta oleh Casio G-Shock. Dengan menggunakan konsep ‘Resist of Rock’ di dalam jam ini mempunyai 5 rentak music berlainan berbentuk instrumen. 

   

G-Shock G-Mix GM-100

Harga runcit ketika ia dikeluarkan pada tahun sekitar tahun 2000 adalah JPY18,000 (MYR675). Harga market untuk second hand value mungkin sekitar RM350. 

Antara 5 lagu yang ada dalam jam G-Shock G-Mix GM-100 ini ialah Heartbreak Hotel, Satisfaction, Walk This Way, New Years Day dan lagu popular Nirvana – Smells Like Teen Spirit.

Kami ada satu unit jam ini dan ia di beli terus dari junk yard dari Jepun. Kualiti untuk model ini masih utuh, termasuk bezel jam yang masih kuat.

Ada pengikut model G-Shock GM-100 ni? Apa pandangan korang?

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.