Model Pertama Jam Casio Pro Trek ATC-1100 Jam Triple Sensor

Ramai yang mungkin tidak tahu, bahawa Model Pertama Jam Casio Pro Trek ATC-1100 Jam Triple Sensor telah dikeluarkan pada tahun 1994. Selama itu, model Casio Pro Trek menjadi ikutan ramai peminatnya. 


Selama lebih dari 20 tahun, PRO TREK telah menawarkan jam tangan fungsional yang direka khusus untuk peminat luar. Jam tangan ini sentiasa dilengkapi dengan teknologi canggih dan sesuai dengan keadaan aktiviti luaran.


Jam Pertama Casio Pro Trek ATC-1100

Sejak itu juga, model Casio Pro Trek ini juga berkembang dan mempunyai banyak lagi model-model terbaru, sesuai dengan peredaran masa dan juga teknologi jam dari negara Jepun ini. 

Model Pro Trek punyai follower yang tersendiri, dan ia terdiri dari ramai mereka yang aktif dalam aktiviti lasak dan juga merentas gunung dan ganang.

Antara model-model Casio Pro Trek yang lain termasuklah Pro-Trek Casio PRT-40, Casio PRG-60-T, Casio PRG-240, Casio PRG-600, Casio PRW-6100Y-1DR, Casio WSD-F200-RG dan banyak lagi.

Antara model terbaru Pro Trek tahun 2018 ialah PRG-650-1 dan juga PRG-650Y-1.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.