Model Kolaborasi Neighborhood x GShock DW-5750
Satu lagi jenama pakaian terkenal di Jepun, Neighborhood turut memperkenalkan satu lagi model jam kolaborasi G-Shock mereka yang terbaruk dikenal dengan model DW-5750. Sekali imbas ia memang cantik, Neighborhood x GShock DW-5750.
Jam ini mempunyai asas warna hitam dengan mempunyai tulisan berwarna emas menjadikan ia nampak lebih elegan.
Jam ini mempunyai tulisan Neighborhood logo di atas papan pemuka jam (faceplate) dan semestinya punyai lampu EL Backlight tertera Neighborhood di dalamnya.
Mengikut informasi di akaun Instagram rasmi Neighborhood, jam kolaborasi terbaru ini Neighborhood x G-Shock DW-5750 akan mula dijual pada 13 Oktober 2019 di kedai Neighborhood stores dan juga di Neighborhood online store.
Terdapat juga beberapa kedai yang dikenali sebagai “Hood” outlet di Beijing, Hong Kong dan juga Seoul akan turut menjual model kolaborasi ini.
Setakat hari ini kami belum menerima berita tentang harga jam tersebut. Anggaran kami, ia mungkin akan dijual dengan harga sekitar JPY15000.