Model G-Shock Terbaru Sempena Filem Avengers Endgame

Peminat fanatik G-Shock dan filem Marvel pasti akan menunggu model ini. Ada Model G-Shock Terbaru Sempena Filem Avengers Endgame yang ditayangkan secara rasmi pada 24 April 2019 di Malaysia. Bersama-sama filem ini diperkenalkan 3 lagi model terbaru, koleksi Kolaborasi G-Shock dan Marvel Avengers Endgame.

Syarikat terkemuka Casio mengambil peluang ini untuk melancarkan tiga jam tangan G-Shock edisi khas Avengers Endgame yang mewakili tiga watak yang popular di dalam filem Marvel iaitu Iron Man, Captain America dan Spider-man.

G-Shock x Marvel Avengers Endgame Iron Man

G-Shock x Marvel Avengers Endgame Captain America

G-Shock x Marvel Avengers Endgame Spiderman

Sebagai informasi, model jam tangan G-Shock Avengers Endgame yang ditawarkan untuk ketiga-tiga jam tangan G-Shock ini ialah model G-Shock Avengers Endgame Iron Man GA-110IRONMAN-4PR, G-Shock Avengers Endgame Captain America GA-110CAPTAIN-2PR dan juga G-Shock Avengers Endgame Spiderman DW-5600SPIDER-1PR.

Sayang sekali untuk peminat Malaysia, buat masa ini ketiga-tiga model jam tangan ini hanya ditawarkan di pasaran negara China sahaja.

2 thoughts on “Model G-Shock Terbaru Sempena Filem Avengers Endgame

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.