Peminat jam tangan perempuan, model Baby-G memperkenalkan satu lagi model menyerlah dengan warna merah. Model ini dikenali dengan nama Baby-G BGA-250AQ-4A Aqua Planet 2019, salah satu model kolaborasi terbaru dengan Love The Sea And The Earth.


Baby-G BGA-250AQ-4A Aqua Planet 2019

Baby-G BGA-250AQ-4A Aqua Planet 2019



Model Baby-G ini adalah model ketiga kolaborasi Love The Sea And The Earth pada tahun 2019. Untuk model ini, Baby-G BGA-250AQ-4A adalah kolaborasi dengan khusus Aqua Planet, salah satu non-profit environmental group yang berdedikasi dalam
pemuliharaan dan penjanaan semula terumbu karang.
Jam edisi terhad mempunyai bezel merah separuh telus dan band yang diilhami oleh rangka karang merah. Pelbagai motif coral dan ikan muncul di dail dan band berserta tagline “Our Ocean, Our Future” dan “Love The Sea And The Earth” tertulis diatas tali jam. 

Model ini adalah model asas dari model jam Baby-G BGA-250 Beach Traveler yang mana ada mempunyai fungsi ‘world time’ dan lampu Neon Illuminator LED, warna lampu hitam.

Model Baby-G BGA-250AQ-4AJR akan dilancarkan pada bulan Jun 2019 di Jepun dengan harga jualan sekitar JPY14,000 (MYR535). 


Untuk peminat jam di Asia, jangan risau jam model Baby-G BGA-250AQ-4A ini turut akan dijual dalam pasaran Asia dalam masa terdekat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.