Limited Edition G-Shock DW-5600MS-1CLOG2 Edisi Kolaborasi Singapura
Casio Singapura telah membuka kedai Casio G-Shock terbaru di Funan Mall pada tarikh 28 June 2019 dan dalam masa yang sama telah melancarkan jam ‘commemorate’ (peringatan) sempena dengan majlis pembukaan kedai tersebut.
Hanya di kedai Casio G-Shock Funan Mall sahaja tersedia koleksi limited edition G-Shock DW-5600MS-1CLOG2, yang mana ia adalah set kolaborasi antara Casio G-Shock dengan graffiti artist terkenal Clogtwo.
Jam kolaborasi Casio G-Shock dari Singapura ini menampilkan tali jam yang direka khas (custom band) dengan paparan ‘mech-inspired print’ dan tag Clogtwo di bawah permukaan jam.
Setiap model G-Shock DW-5600MS-1CLOG2 disertakan dengan koleksi khas mechanical hand-shaped sculpture (seperti gambar dibawah).
Mechanical hand-shaped sculpture G-Shock |
Harga set ini dijual dengan harga SGD349 (MYR1,065) dan ia terhad hanya ada sebanyak 300 unit sahaja.
Tawaran khas koleksi jam Limited Edition ini boleh didapati di kedai G-Shock Casio di pusat membeli-belah Funan (# 02-10) dan Bugis Junction (# 01-11), sementara stok masih ada.
Sumber : straatosphere.com
Kalau anda berminat untuk mencari koleksi ini, boleh cuba ke Funan Mall, 107 North Bridge Rd, Singapore 179105.