Kolaborasi G-Shock x Hysteric Glamour DW6900FS Untuk 2019

Warna terang bagi jam GShock tak banyak di pasaran. Kebanyakkan model GShock berwarna hitam atau war-warna gelap. Namun, bila lihat model kolaborasi G-Shock x Hysteric Glamour DW6900FS untuk 2019, ia pasti lebih menarik dengan warna kombinasi kelabu di bezel dengan tali jam (bands) berwarna oren terang.

Kolaborasi G-Shock x Hysteric Glamour DW6900FS Untuk 2019

Kolaborasi G-Shock x Hysteric Glamour DW6900FS Untuk 2019

Kolaborasi G-Shock x Hysteric Glamour DW6900FS Untuk 2019

Koleksi jam ini meletakkan unsur Retro-style berasaskan inspirasi dari muzik. Ia dilabelkan dengan label fesyen Hysteric Glamour. Ini adalah kolaborasi terbaru dari Casio G-hock untuk model DW6900 dan tahun 2019. 

Warna multi-colored dengan edisi terhad ini meletakkan logo Hysteric Glamour di dalam pemuka jam, tali jam dan juga di belakang backcase jam. Tidak lupa untuk model kolaborasi, pastinya ada lampu EL backlight mempunyai logo HYS. Jam ini juga ada kotak jam dan tin eksklusif.

Model GShock DW6900FS Hysteric Glamour dijual dengan harga JPY22,000 (MYR835) pada Sabtu ini, 16 mac 2019 di Hysteric Glamour stores di Jepun. Untuk pembelian secara online boleh ke laman web Hysteric Glamour Online Shop pada jam 12:00, waktu antarabangsa. 

Anda yang tinggal jauh dari Jepun, jangan risau, ada penghantaran antarabangsa disediakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.