Kolaborasi CLOT x G-Shock DW-5750 Di Juice Stores HK, CN, TW, US
Memulakan tahun baru, ada banyak koleksi jam kolaborasi terbaru untuk jam Casio G-Shock. Antara yang kami tahu adalah yang ini, model Kolaborasi CLOT x G-Shock DW-5750 Di Juice Stores Hong Kong, China, Taiwan dan juga Amerika Syarikat.
Jenama terkenal dari Hong Kong streetwear dengan menggunakan label CLOT sudah memperkenalkan jam kolaborasi terbaru mereka, Casio G-Shock DW-5750 yang hanya akan dijual dibeberapa negara sahaja seperti di Hong Kong, China, Taiwan dan juga Amerika Syarikat.
CLOT x G-Shock DW-5750 Di Juice Stores
Model jam Limited Edition (Edisi Terhad) ini mempunyai ‘clear bezel’ dengan warna paparan red-tinted reverse LCD. Ia juga ada ukiran G-Shock ‘custom engraved’ di bahagian penutup belakang ‘case back’.
Model ini datang dengan tali nylon, dengan beberapa tali eksklusif “CLOT Silk Royale” tali jam pelbagai warna yang boleh ditukar-tukar. Set jam ini didatangkan dengan bungkusan kemas eksklusif berganda dengan display stand.
Ia akan dilancarkan secara rasmi pada 8 Januari 2020 sekitar jam 8.00 malam di butik jualan Juice K11 Musea di Hong Kong. Ia juga akan dilancarkan secara rasmi seluruh dunia bermula 9 Januari 2020 dibeberapa outlet Juice locations, termasuk di Shanghai, Taipei, Taichung dan Los Angeles. Ia juga akan dijual di laman web juicestore.com (yang mana menawarkan penghantara antarabangsa).
Harga jam CLOT x G-Shock DW-5750 dijual pada harga Hongkong HKD1980, China RMB1980, Taiwan TWD8280 dan juga Amerika Syarikat USD254.
Untuk informasi, jenama CLOT dibina pada tahun 2003 oleh Edison Chen dan Kevin Poon.
Untuk maklumat lanjut tentang jam Petak Kolaborasi ini boleh layari juicestore.com.
Nota Kaki : Set ini datang dengan Jam dan Tali nylon serta kotak tin sahaja. Ia tidak termasuk tambahan tali berwarna warni.
Jam ini, khabarnya akan turut dijual di negara Singapura dengan harga SGD199 dan akan mula dijual pada 10 January 2020 di laman web g-shock.sg.