Karetus x G-Shock GW-B5600 Model Pertama Kolaborasi GShock Portugal
Buat pertama kali, peminat jam G-Shock di Portugal ada koleksi khas. Karetus x G-Shock GW-B5600, model pertama jam kolaborasi G-Shock Portugal dan ia baru sahaja diperkenalkan.
Model pertama G-Shock ini adalah kolaborasi Karetus x G-Shock dengan model GW-B5600. Ia adalah ‘KARETUS-2AER Full Flavor Package’.
Karetus x G-Shock GW-B5600 |
Karetus adalah satu kumpulan muzik elektronik yang dianggotai oleh Carlos Silva dan André Reis, sangat terkenal di Portugal dengan kesan khas dalam persembahan effects-laden.
Model istimewa kolaborasi ini hanya dikeluarkan terhad sebanyak 50 unit sahaja termasuk kotak eksklusif khas, G-Shock GW-B5600 dengan buatan khas Karetus-branded kumpulan “Full Flavor”, dengan nota autograf, Pin Rasmi dan stiker khas.
Set Karetus x G-Shock GW-B5600 ini dijual dengan harga EUR169 (MYR785) dan ia tersedia dijual di beberapa outlet jualan di kedai jam G-Shock di Portugal.