Jom Undi Limited Edition NIGO x K.IBE G-Shock 35th Anniversary Collection
Ada sesuatu yang mungkin akan ditunggu oleh peminat dan pengumpul (collector) jam tangan GShock dunia. Bersempena dengan meraikan Ulangtahun ke-35 (35th Anniversary) Casio GShock pada bulan April 2018 nanti, Casio akan mengeluarkan model Limited Edition (ultra-limited pair of G-Shock) jam kolaborasi bersama Pereka Fesyen terkenal Jepun bernama DJ Nigo (pencipta jenama of A Bathing Ape) bersama dengan pencipta GShock sendiri iaitu Kikuo Ibe.
The NIGO × K.IBE G-Shock 35th Anniversary Collection akan mengeluarkan koleksi jam berwarna kuning model GShock DW5635-9 and merah jambu model GShock DW6935-4.
NIGO x K.IBE G-Shock 35th Anniversary Collection
Model klasik GShock ini adalah diasaskan dengan band dan bezel ‘jelly-like translucent bodies’ dengan bersesuaian dengan standard LCD display klasik sebelum ini.
Seperti juga dengan keluaran model Ulangtahun ke-35 sebelum ini, ia akan tertulis dengan tulisan “Since 1983” di atas face plate jam tersebut.
Untuk kali pertama dalam koleksi jam original GShock, ia akan menggunakan proses warna translucent yang khas dengan kesan fluorescent dye bersama dua layer resin dan juga anti UV-coating.
Jom Undi Limited Edition NIGO x K.IBE G-Shock 35th Anniversary
Cara ini akan menahan dan mengelakkan warna tali jam dan juga bezel jam tangan GShock ini daripada luntur kesan dari cahaya matahari.
Yang lebih unik, di belakang backcase jam ini akan tertulis tulisan meraikan 35th Anniversary dengan perkataan “Thank You” mesej dari NIGO dan juga K.IBE. Memandangkan ia koleksi limited edition, ia akan mempunyai no siri yang tersendiri.
Casio memberitahu, hanya mereka yang membeli jam ini sahaja akan mengetahui beberapa lagi fungsi tersembunyi model kolaborasi Ulangtahun ke-35 dalam model GShock DW5635-9 dan GShock DW6935-4 ini.
Hanya sejumlah 35 unit setiap jam tangan GShock Limited Edition NIGO x K.IBE G-Shock 35th Anniversary Collection akan tersedia di seluruh dunia dengan harga senarai cuma USD135 (MYR530) setiap jam tangan. Ia besar kemungkinan akan menjadi edisi terhad ke-35 yang paling eksklusif. Untuk iti, syarikat Casio sedang membuka pendaftaran untuk undian tersebut di laman web ini world.g-shock.com untuk pembeli bertuah.
Tempoh pra pendaftaran ini bermula dari jam 3:00 pagi, bermula 1 Februari 2018 sehingga jam 2:59 petang pada 5 Mac 2018. Undian akan diadakan pada suatu masa pada bulan Mac 2018, masih belum ditentukan. Pemenang akan dihubungi melalui Email dan akan dihantar menggunakan Pos.