Jam Madness x G-Shock G-LIDE GLX-5600MAD19-1 Tahun 2020

Jam Petak datang lagi. Kali ini jam Jam Madness x G-Shock G-LIDE GLX-5600MAD19-1 Tahun 2020.

Untuk informasi, jenama pakaian Shawn Yue’s yang diberi nama Madness mula menarik minat ramai pada tahun 2018 dengan model jam kolaborasi G-Shock DW-5000MD-1 Edisi Terhad. Yang mana, jam ini mempunyai ‘rare screw-back’ kolaborasi dengan menggunakan jam petak asas model DW-5000. 



Untuk model terbaru mereka pada tahun 2020, Madness menggunakan model GShock G-LIDE untuk memperkenalkan jam G-Shock model G-LIDE GLX-5600MAD19-1. 

Jam ini mempunyai warna bezel kelabut matte gray dan juga tali jam (band). Model ini juga mempunyai permukaan kelabu dengan garisan jalur berwarna jingga dibahagian permukaan display. Sebagai ikonik, logo Madness diletakkan di bahagian bawah permukaan. Dai bahagian belakang, penutup jam juga tertera ukiran nama logo Madness.

Jam model ini, GLX-5600 adalah jam tahan air sehingga 200 meter dan mempunyai graf pasang surut dan bulan. Ciri-ciri lain termasuk data umur bulan, auto EL latar belakang, amaran flash, masa dunia, 1/100 jam randik (dengan 5 kali undur auto start), pemasa undur (sehingga 24 jam, dengan auto repeat), 3 penggera berbilang fungsi dengan 1 tunda, dan anggaran hayat bateri selama 7 tahun. Jam tangan ini didatangkan dengan bekas lutsinar berwarna oren.

Jualan untuk model ini akan mula dijual di laman web www.mdnsonline.com, dengan pendaftara dari masa 12:00 am (GMT + 8) tarikh 15 Mac 2020 (Ahad) sehingga jam 12:00pm tengahari pada 16 Mac 2020 (Isnin). 


Untuk pengetahuan semua, outlet The Madness Beijing akan membuat cabutan kepada mereka yang berminat untuk membeli model ini, dengan pendaftaran daro 12:00pm tengahari (GMT + 8) 15 Mac 2020 (Ahad) sehingga 6:00pm, 16 Mac 2020 (Isnin). 

Pelanggang juga boleh mendaftar dengan menggunakan telefon di talian (010-8440-4251) untuk kedai Beijing store.

Ada juga jam model ini dalam bentuk “basic version,” dijual tanpa Kotak Lutsinar berwarna Oren. Ia akan dijual pada G-Shock Casio Stores in Hong Kong tarikh 28 Mac 2020.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.