Jam Kolaborasi Putih Kelabu MISCHIEF G-SHOCK Deadly Combination
Model terbaru ini nampak lebih menarik. Ini adalah Jam Kolaborasi Putih Kelabu MISCHIEF G-SHOCK. Yang mana, Casio Amerika Syarikat telah mengumumkan bahawa jam ini, Casio G-Shock GMAS140MC-1A, adalah satu model terbaru kolaborasi dengan jenama dari Seoul Korea Selatan, dengan jenama streetwear terkenal Mischief.
Model jam GShock S Series ini adalah model untuk wanita dan di inspirasikan oleh budaya fesyen jalanan pada tahun 1990-an, yang mana ia juga adalah ‘signature style’ jenama of Mischief.
MISCHIEF G-SHOCK Deadly Combination |
Rekaan Bezel ini mempunyai gaya “sun-washed” yang luar biasa, memberikan penampilan penampilan vintage yang berusia. Logo Mischief muncul pada dail, belakang kes, dan band atas, dan frasa “Deadly Combination” dicetak pada band bawah, merujuk kepada kerjasama dengan G-Shock.
Jam kolaborasi ini, Mischief x G-Shock GMAS140MC-1A akan dijual dengan harga sekitar USD120 (MYR505) dan akan mula dijual pada bulan Mac 2020 di lama web gshock.com, rangkaian kedai G-Shock Soho Store di New York City dan juga di beberapa kedai G-Shock terpilih.
Kedai jam G-Shock di Eropah juga akan mengeluarkan model GMA-S140MC-1AER dan GMA-S140MC-1A. Keduan model ini dijangka akan dikeluarkan di seluruh dunia.