Jam Kolaborasi Carnival x G-Shock GM-5600 Untuk Platform66 Street Culture Fest

Ini satu lagi Jam Kolaborasi Carnival x G-Shock GM-5600 Untuk Platform66 Street Culture Fest. Peminat jam tangan Petak mesti akan teruja melihat model ini. Kombinasi warna Silver dengan Hitam memang memukau.

Model edisi terhad ini Carnival x G-Shock GM-5600 akan dijual di Platform66, salah satu ‘street culture festival’ yang akan berlangsung di Bangkok, Thailand. Festival ini akan berlangsung pada 30 November hingga 1 December 2019.
Model kolaborasi dengan fesyen Thai kli ini termasuk jam tangan GM-5600 yang memaparkan bezel keluli tahan karat. Menarik apabila ia tertera nama Carnival di tali jam (band), kotak jam khas dan juga gelang perak edisi terhad turut disertakan dalam set ini. 



Set Carnival x G-Shock GM-5600 ini akan dijual dengan harga THB9,900 (MYR1365). Jam ini akan dijual di  booth G-Shock kawasan Zone A. Untuk info, ia akan mula dijual bermula jam 10.00 a.m. pada 30 November 2019 nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.