Jam GShock Original Custom Void Warranty

Sejak beberapa tahun yang lepas, ramai peminat jam GShock semakin kreatif dan menambahbaik jam mereka untuk dijadikan antara koleksi jam terbaik mengikut citarasa mereka. Ia termasuk menukar tali jam, warnakan bnb dengan warna kegemaran, malah yang lebih ekstreem, mereka membuka backcase, mengubah LCD Screen untuk meletakkan gambar EL Backlight di dalam module jam tersebut. Kalau nak tahu, Jam GShock Original Custom Void Warranty kalau ia diubah dari bahagian dalam.

Mungkin ramai peminat jam tidak sedar tentang hal ini. Sebab, mahukan koleksi jam yang cantik mengikut citarasa sendiri dengan harga yang murah dan mampu milik.

GShock DW6900 basic

Ini adalah jam DW5600 Basic dan antara model paling popular dikalangan peminat jam getah GShock di Malaysia. Model ini dan juga model DW5600 basic antara model yang selalu digunakan untuk di’custom’ oleh peminat jam GShock.
GShock DW5600 basic
Sebagai informasi, jam original GShock, jika sudah di’ubahsuai’ ia sudah lagi tidak termasuk dalam warranty. Bermakna, ‘Void Warranty’, tiada jaminan lagi. Jika ia rosak, tempoh jaminan untuk jam tersebut akan terbatal dengan sendiri.

Ubahsuai yang dilakukan oleh kaki custom memang cantik. Lihat sahaja contoh dua model ini. GShock DW6900 Supreme dan juga DW5600 Joker.




Kalau anda ubahsuai sendiri dan ia untuk kegunaan sendiri, mungkin tidak ada masalah besar. Tetapi jika anda ubahsuai dan jual kepada pembeli, jika ia rosak, terpaksa ditanggung oleh pembeli, kerana walaupun jam tersebut masih dalam warranty, pihak syarikat pengeluar seperti Casio atau Marco Corp (Pembekal Jam GShock) tidak akan bertanggung jawab pada Warranty tersebut.

Jadi, beli produk jam original GShock Custom ini atas tanggungjawab sendiri. Pastikan produk betul-betul berfungsi dan ia berbaloi untuk di miliki.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.