Jam G-Shock GMW-B5000TB-1 & GMW-B5000TCM-1 Full Titanium
Jam G-Shock GMW-B5000TB-1 & GMW-B5000TCM-1 Full Titanium
Syarikat jam terkenal di Jepun, Casio secara rasmi mengumumkan koleksi jam baru model G-Shock GMW-B5000TB yang akang mula berada di pasaran pada 8 November 2019. Model ini akan dilancarkan di Jepun dan kemudian akan dibawa ke negara Asia lain dan ke negara barat.
Jam model ini adalah sepenuhnya ialah ‘metal’ dengan menampilkan ‘titanium parts’ termasuk untuk ‘inner case,’ ‘bezel’, ‘band’, ‘case back’ dan juga butang. Disebabkan binaan terdiri dari titanium, brat jam ini adalah 57 gram lebih ringan dari model ‘full-metal stainless steel’ GMW-B5000.
Pihak Casio juga mengesahkan bahawa jam ini datang dengan kualiti cermin ‘sapphire crystal’ dengan fungsi anti-reflective coating. Komponen logam diperlakukan dengan lapisan karbon seperti ‘berlian’ (DLC), menjadikannya satu-satunya model GMW-B5000 dengan DLC bersama-sama dengan GMW-B5000TFC-1 Edidi Terhad dari koleksi jam Ulang Tahun ke-35, dan model 5000-siri pertama yang mempunyai kristal nilam.
Di Jepun, jam GShock GMW-B5000TB-1JR akan dijual dengan harga JPY150,000 (MYR5800). Walaupun nombor model Jepun berakhir dengan “JR” seperti model edisi terhad lain, siaran akhbar dari Casio tidak mengesahkan bahawa ia adalah edisi terhad.
Model GShock Camouflage GMW-B5000TCM-1 belum lagi diumumkan. Tetapi selepas beberapa gambarnya tersebar, ada yang mengatakan bahawa model GShock GMW-B5000TCM-1 turut mempunyai lapisan DLC coating dan juga cermin sapphire crystal,. Ia juga mempunyai berat yang sama dengan GMW-B5000TB-1 iaitu 110 gram.
Harga jualan runcit model ini dijual dengan harga JPY175,000 (MYR6,768).