Jam Converse Tokyo x G-Shock DW-5600 Collaboration

Converse Tokyo sekarang ini sudah bersedia untuk mengambil tempahan dalam mempromosikan koleksi kolaborasi terbaru mereka. Akan datang, akan ada jam Jam Converse Tokyo x G-Shock DW-5600 Collaboration. Pastinya model ini antara model yang ditunggu-tunggu oleh peminat jam Casio G-Shock di seluruh dunia.


Jam Converse Tokyo x G-Shock DW-5600 Collaboration ini adalah model jam GShock Limited Edition. Ia adalah edisi yang sangat simple, dengan mempunyai warna hitam sebagai warna asas dengan warna kelabu sebagai garisan sekitar paparan pemuka LCD. Tertulis disitu tulisan “CONVERSE TOKYO”. 




Di dalam lampu EL Backlight ada tertera lambang IKONIK Bintang Converse seperti mana logo yang ada pada kasut Converse Chuck Taylor All Star. Logo ini tertera di tali bands, dan juga case back. 
Model ini akan dijual dengan harga JPY15,400 termasuk cukai (MYR600).

Ada informasi mengatakan, sudah ada beberapa unit sudah tersedia untuk jualan Pre-Order GShock. Untuk jualan, ia akan mula dijual pada 1 November 2019, hanya di kedai Converse Tokyo Shibuya yang baru dan pada 13 November di kedai dalam talian serta kedai Converse Tokyo yang lain. 

Untuk maklumat lanjut, lawati converse-tokyo.jp.

Jam Converse Tokyo x G-Shock DW-5600 Collaboration

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.