Insa x GShock DW-5600MW-7INSA Ulangtahun Ke-15 Model Kolaborasi

Artis Jalanan terkenal di United Kingdom, INSA kini berkerjasama dengan Casio untuk mengeluarkan model kolaborasi terbaru mereka dengan memperkenalkan model G-Shock DW-5600MW-7INSA di ibukota London. Jam model popular DW-5600 berasaskan warna putih ini, telah direka khas menampilkan corak dan signature artis jalanan ini “High Heels Fetish”, di cetak dengan warna hitam, putih dan merah jambu.


Insa x GShock DW-5600MW-7INSA Ulangtahun Ke-15 Model Kolaborasi


Kolaborasi ini sempena meraikan Ulangtahun ke-15 INSA yang diberi nama “Graffiti Fetish” Kepada seni yang meneliti fetishisasi produk dalam masyarakat moden

Terkenal dengan muralnya yang besar di bangunan, INSA juga dikenali kerana mencipta “GIF-iti,” satu gaya seni visual baru yang menarik imej animasi dicipta dari gambar-gambar lukisan dan lukisan mural.


DW-5600MW-7INSA terhad kepada 190 unit sahaja dan akan tersedia untuk harga jualan runcit pad nilai GBP119 (MYR615) di rangkaian kedai jualan G-Shock Store di 56a Carnaby Street bermula pada 19 Julai 2019.


Manakala secara onine boleh dibeli di laman web g-shock.co.uk untuk pelanggan di United Kingdom. Pelanggan dalam talian digalakkan untuk menggunakan ciri “Notify Me” untuk dimaklumkan apabila jam tangan model ini tersedia. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.