Admin sempat singgah di Hong Kong pada bulan Julai 2019. Masa tu singgah sekejap sahaja di sekitar Bandar Kowloon. Sempat masuk ke sebuah kedai G Factory Hong Kong. Survey market. lihat Harga Jam GShock Original Di Hong Kong Mahal berbanding harga di Malaysia.

Mungkin ramai tak tahu, kedai Jam GShock di Hong Kong antara lokasi popular bagi peminat GShock yang mengumpul model-model jam kolaborasi dan jam rare, model terkini.

Ini kerana, Hong Kong terkenal antara kota moden dan terkini dengan pelbagai fesyen termasuk jam GShock.

Harga Jam GShock Original Di Hong Kong Mahal

Jadi, jika sekiranya anda mencari beberapa model kolaborasi dan model rare dalam lingkungan jenama model GShock boleh ke Hong Kong. Tetapi, harus di ingat, harga jam GShock di Hong Kong lebih mahal berbanding harga jam GShock di Malaysia. 

Kalau nak dikira dengan mudah, ia sekitar 20% hingga 30% lebih mahal berbanding harga jam yang dijual di Malaysia.

Kenapa? Kerana Hong Kong terkenal dengan ‘cost of living’ yang mahal di rantau Asia. Ia memang terkenal dengan produk berjenama dan kos sara hidup yang jauh lebih mahal berbanding Kuala Lumpur, sekitar 3 kali ganda dalam banyak perkara.


Kalau nak tahu kat mana nak beli Jam G-Shock murah di Jepun, boleh baca di laman blog Tor Travel Malaysia MrJocko. Klik di pautan ini Borong Jam GShock Murah di Jepun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.