Harga G-Shock GA110FRG-7A A$AP Ferg GBP138.99

Penjual Streetwear di United Kingdom, 5 Pointz akan melancarkan jam edisi terhad G-Shock GA-110FRG-7AER yang direka dengan kerjasama rapper terkenal A$AP Ferg. Jam tangan ini adalah model ‘Jelly Clear’ yang diilhamkan daripada ‘berlian telus’ dengan rekaan jam jelly clear dan padanan jarum jam merah, faceplate warna kuning dan biru gelap, serta skrin berwarna silver.

Paling menarik, Grafik dari tandatangan A$AP Ferg diletakkan di tali jam, iaitu di ‘keeper’ dengan tulisan hijau yang agak jelas. Ia datang dengan kotak merah yang cantik.

A$AP Ferg x G-Shock GA-110FRG-7AER akan dikeluarkan pada 7 Disember 2018 pada pukul 12.00 pagi (GMT 0) di 5pointz.co.uk dengan harga runcit GBP138.99 (MYR738). Jangan risau, jika anda di Malaysia, ia boleh diaturkan.

A$AP Ferg (a.k.a. ASAP Ferg) adalah rapper New York City dan ahli hip hop kolektif A$AP Mob. Dia dan kumpulan itu tampil di acara Ulang Tahun ke-35 G-Shock pertama yang berlangsung di New York City pada November 2017.

Menurut informasi, model GA110FRG-7A ini mempunyai halaman sendiri di gshock.com dan kini boleh didapati di Amazon. Casio juga mengumumkan GA-110FRG-7AJR untuk Jepun dan GA-110FRG-7A untuk Asia pada Disember 2018.

Khas untuk peminat selebriti ini, A$AP Ferg, ambil peluang untuk ‘meet and greet’ beliau di Pelancaran GShock  GA110FRG-7A dengan A$AP Ferg, yang akan diadakan pada hari Jumaat, 30 November 2018, di Dover Street Market di 160 Lexington Avenue di New York City.

G-Shock GA110FRG-7A A$AP Ferg

G-Shock GA110FRG-7A A$AP Ferg

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.