Ini model G-Shock yang menarik perhatian kami, model G-Shock GW-9301K-6JR Love The Sea Dan The Earth 2013. Bukan sahaja model ‘jam tikus mondok’ (panggilan manja peminat jam Mudman) punyai bentuk yang cantik, malah warnanya juga memang rare, jarang dikeluarkan oleh syarikat Casio.


Kami berkongsi beberapa keping gambar model ini G-Shock GW-9301K-6JR Love The Sea Dan The Earth 2013. Model limited edition keluaran tahun 2013 ini memang memukau peminat G-Shock dunia. 

G-Shock GW-9301K-6JR

Dengan kombinasi warna bands hijau, bezel purple dan spender oren, dimeriahkan dengan warna tambahan buttons biru dan calitan Logo G-Shock merah, warna ini antara warna terbaik untuk jam G-Shock.

Katanya, ini adalah model pertama jam G-Shock yang mempunyai warna unik, G-Shock GW-9301K-6JR Love The Sea Dan The Earth 2013 berada dalam siri Crazy Color yang menjadi pilihan ramai. 

Harga jualan pada waktu ia dikeluarkan sekitar JPY37,000 (MYR1,345) tidak termasuk VAT.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.