G-Shock GW-100 Ant Man Jam Casio Penerima Isyarat Atom Yang Pertama

G-Shock GW-100 Ant Man Jam Casio Penerima Isyarat Atom Yang Pertama. Itulah yang boleh kami katakan kepada salah satu model vintage ini, G-Shock GW-100.


Casio G-Shock GW-100 Ant Man

Selepas beberapa siri kejayaan jam tangan G-Shock, syarikat Casio terus mencipta timepieces baru. Dan model yang diberi jolokan Master of G ‘Antman’ GW-100 adalah keluaran yang paling ketara pada tahun 2000. 

Model ini pada mulanya diberikan sambutan yang meriah, ‘bintang’ yang besar, Antman. Model ini dikatakan satu model trailblazer. G0Shock GW-100 adalah G-Shock yang pertama dipasang dengan penerima isyarat atom yang berkaitan dengan transponder di Jepun. Ini bermakna, jam ini, ia ditentukur masa untuk anda melalui gelombang radio. 

G-Shock telah membina lima lagi stesen sejak mencipta apa yang kita ketahui sekarang sebagai sistem Multiband6. Sehingga kini, ramai peminat jam G-Shock memang menanti model Multiband 6 sebagai koleksi mereka.


G-Shock GW-100 Ant Man

G-Shock GW-100 Ant Man
Back case G-Shock GW-100 Ant Man

Namun, sayangnya, jam Casio G-Shock DW-100 Antman tidak bertahan lama. Ia tidak melihat sambutan yang berterusan selepas tidak lama ia dilancarkan. Kenapa agaknya? Adakah kerana rekaan jam yang tidak begitu moden dan cantik atau kerana harga?

Untuk beberapa gambar jam Casio G-Shock GW-100 Ant Man ini, boleh layari laman web ini Watch Shock Ant Man.

Kalau anda mencari koleksi jam ini, ia dijual dengan keadaan terpakai dengan harga sekitar RM350 mengikut kondisi jam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.