G-Shock DW6696 Codename Custom Jelly Red
Kami berjaya mendapatkan satu unit Pre-Loved model G-Shock DW6696 Codename. Ia antara model Limited Edition dan dicari oleh segelintir G-Shock Collector kerana mempunyai gambar EL Backlight Polar Bear.
Namun, tali nylon straps untuk model ini agak kotor dan buruk. Kalau nak pakai boleh, tetapi nampak tidak cantik. Oleh sebab itu, kami memilih untuk mengubah jam hebat ini kepada ‘Custom Matte Red’.
Ini adalah model asal G-Shock DW6696 Codename dengan tali Nylon Straps. Di tali tersebut mempunyai tulisan khas tertulis ‘Sealed With A Kiss’ dengan gambaran seekor Beruang (mungkin Polar Bear).
Namun setelah diganti dengan tali Jelly Red, maka ia berubah wajah. Ia juga ditambah dengan Keeper dan Buckle custome besi berwarna Gold, bersesuaian dengan warna merah.
G-Shock DW6696 Codename Custom Jelly Red
G-Shock DW6696 Codename Custom Jelly Red