G-Shock DW-6100 Model tahun 1992 Thermo Sensor Pertama

Selepas 5 tahun dari model G-Shock yang pertama, model DW-5000C, pasukan Casio mula mengorak langkah untuk mengeluarkan model baharu. Kali ini, mereka mahukan sesuatu yang lebih menarik. Maka lahirlah, jam G-Shock DW-6100 Model tahun 1992 Thermo Sensor Pertama.


Jam model DW-6100 ini boleh mengesan suhu sekitar dan memaparkan anggaran suhu dalam darjah Celsius.








Mengikut informasi yang Admin dapat, model ini hanya akan memaparkan suhu cuaca sekitar bermula dari -20° hingga maksimum 60° sahaja. Jadi, kalau suhu yang sejuk, di bawah suhu 20°, maka jam ini akan tetap menunjukkan bacaan minima –20° sahaja. Begitu juga sebaliknya, kalau terlalu panas, bacaan maksima cuma 60°.

Model jam DW-6100 masih lagi ada di pasaran, namun kualiti bezel DW-6100 tidak sebaik model bezel resin seperti DW-6900. Ini kerana ia cepat reput dan biasanya akan pecah akibat suhu cuaca panas dan sejuk. 

Jadi, jika anda ada koleksi jam G-Shock DW-6100 ini, jaga sebaiknya untuk mengelakkan dari bezelnya pecah, reput atau rosak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.