G-Shock DW-5610: DW-5610SU & DW-5610SUS Layered Bezel

Ada beberapa laman web e-commerce di Eropah sudah memaparkan beberapa model baru mereka termasuk model G-Shock DW-5610 series. Model-modle ini (3 Model) yang akan dilancarkan ini adalah DW-5610SU-3 (kiri), DW-5610SU-8 (kanan) dan satu lagi DW-5610SUS-5
Seperti biasa kalau model seperti ini, ia adalah model jam Petak Klasik, dengan Kotak Petak Klasik. Namun, ia datang dengan tali jam yang berbeza warna termasuk warna hitam dan hijau gelap.

G-Shock DW-5610: DW-5610SU & DW-5610SUS Layered Bezel

G-Shock DW-5610: DW-5610SU & DW-5610SUS Layered Bezel
Ada banyak model DW-5600 yang telah dikolaborasikan dengan jenama lain. Namun, kali ini ia ada unik kerana kombinasi ini jarang berlaku. Mungkin selepas ini, akan ada banyak kombonasi seperti ii, jam DW-5600 dengan tali berlapis. 
Khabarnya, selepas ini ada model GA-2110SU and GA-2100SU akan mempunyai kombinasi ini dengan warna bezel hitam dan camouflage. Ramai peminat G-Shock memberi nama model ini sebagai model G-Shock “layered bezel.”
Jam GShock DW-5610SU-3 ini mempunyai bezel hitam dengan warna hijau pokok zaitun case dan juga tali.  Untuk model GShock DW-5610SU-8 pula ia mempunyai warna bezel hitam dengan wrna kelabu case dan tali. Malangnya, untuk gambar GShock DW-5610SUS-5 belum di kongsikan lagi.
Berdasarkan spesifikasi yang kami lihat di laman web terpilih, ternyata DW-5610 mempunyai fungsi dalaman yang sama seperti DW-5600, dan “10” mungkin menandakan gaya bezel. (GA-2110SU-3A dan GA-2110SU-9A yang akan datang juga mempunyai bezel hitam dengan kes berwarna yang berbeza, sementara GA-2100SU-1A mempunyai bezel camo)

Untuk mereka yang nak beli jam koleksi Edisi Terhad di Jepun, mungkin boleh ke Don Quijote Japan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.