G-Shock BNB Jelly Aksesori Untuk Jam G-Shock
Peminat jam tangan G-Shock pasti lebih teruja apabila mengetahui, ada banyak produk seperti G-Shock BNB Jelly di pasaran Malaysia. Ia adalah produk aksesori untuk jam tangan G-Shock dari Jepun, tetapi mempunyai banyak aksesori pilihan untuk bands dan bezel model jam tangan G-Shock Jepun ini dari China.
Kalau tak silap, kebanyakkan aksesori seperti bands dan bezel G-Shock pelbagai model ini di tempah dari China dengan rekaan BNB Jelly antara bands dan bezel yang paling popular.
G-Shock BNB Jelly
Untuk makluman, produk G-Shock BNB Jelly ini bukan produk asli atau original, ia adalah produk aksesori yang melengkapi peminat jam G-Shock ini sahaja.
Walaupun kebelakangan ini, ada banyak model G-Shock original yang mengeluarkan model jam G-Shock warna Jelly, namun bands dan bezel untuk model ini tidak banyak dikeluarkan untuk pasaran.
Antara model G-Shock original yang menggunakan bands dan bezel Jelly original ialah model GWF-1000TM-4JR Takashi Murakami 40th Anniversary Frogman.
Untuk BNB G-Shock Jelly ini ada banyak pilihan model yang boleh anda cuba cari di pasaran Malaysia, Thailand dan Indonesia. Antara bnb G-Shock Jelly yang popular ialah bnb DW6900 jelly, bnb DW5600 jelly, bnb GA110 jelly , bnb GD100 jelly, bnb GW56BB jelly, bnb Rangeman GW9400 jelly, bnb Frogman DW8200 jelly dan banyak lagi.
Harga untuk bnb G-Shock jelly ini bermula dari harga RM30 hingga ke harga RM ratusan ringgit, mengikut model dan corak yang dijual.